28 February 2012

Topologi


Jenis-Jenis Topologi

Topologi bintang 

  • node disambung terus dengan hub
  • hub akan mangawal arus komunikasi dalam rangkaian 
  • jika satu node rosak, rangkaian tidak terganggu tetapi jika hub rosak, rangkain akan terganggu
 Kelebihan Topologi Bintang
  • Proses pemasangan dan penyambungan yang mudah
  • Proses memasang atau membuang sebarang peranti tambahan yang terbabit tidak akan mengganggu sistem rangkaian.
  • Sebarang kerosakan pada sistem rangkaian dapat dikesan dengan lebih mudah dan pantas.
 Kekurangan Topologi Bintang

  • Memerlukan kabel yang lebih panjang daripada topologi bas linear.
  • Jika hub rosak, semua nod tidak boleh berfungsi dalam sistem rangkaian.
  • Kos lebih tinggi jika dibandingkan dengan topologi linear bas(kos tambahan hub).
Topologi Cincin


 

  • disambungkan secara terus menerus dan membentuk sebuah bulatan
  • jika satu node tidak berfungsi , semua node tidak berfungsi
Kelebihan topologi cincin
  • Jimat Kabel
Kekurangan topologi cincin

  • Pembangunan rangkaian lebih kaku
  • Tidak peka kesalahan
Topologi Bas
  • terdiri daripada satu kabel tunggal ( tulang belakang )
  • jika satu rosak, rangkaian tidak terganggu
 Kelebihan topologi bas

  • Komputer atau peranti lain mudah untuk disambungkan ke kabel utamanya.
  • Memerlukan kuantiti kabel yang lebih kecil jika dibandingkan dengan topologi bintang.
      
    Kekurangan topologi bas

    • Keseluruhan rangkaian tidak dapat berfungsi sekiranya terdapat masalah dengan kabel utama.
    • Penamat atau peranti talian (terminators) diperlukan dikedua-dua hujung kabel tulang belakang.
    • Agak sukar untuk mengesan sekiranya keseluruhan rangkaian tidak berfungsi
    • Tidak sesuai jika hanya menggunakan topologi ini sahaja dalam suatu bangunan.
     


 

15 February 2012

Peralatan Asas Rangkaian ( Network )

 
Network Interface Cards - Kad Antara Muka Rangkaian
Network Interface Cards (NIC) merupakan penyambungan fizikal antara rangkaiandengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC dimasukkan dalam komputer padasalah satu slot tambahan. NIC adalah penentu bagi kelajuan dan kecekapan sesuaturangkaian. Adalah lebih baik menggunakan NIC yang laju mengikut jenis rangkaianyang digunakan.Jenis NIC yang biasa digunakan ialah kad Ethernet, LocalTalk dan kad Token Ring.Menurut kajian International Data Corporation Ethernet yang paling popular diikutioleh Token Ring dan LocalTalk (Sant'Angelo, R.(1995). Netware Unleashed,Indianapolis, IN:Sams Publishing)
Kad antara muka rangkaian
























Concentrators / Hubs - Penumpu
Concentrator atau Penumpu adalah peranti penyambungan bagi semua kabel yangbersambung antara stesen kerja, pelayan dan persisian. Dalam topologi bintang,kabel pasangan terpiuh digunakan untuk menyambung dengan stesen kerja danpenumpu. Hub pula ialah penumpu berbilang slot. Dengan hub kita boleh memasangbilangan rangkaian yang banyak mengikut saiz yang dikehendaki. Sesetengahpenumpu bersifat pasif, iaitu membenarkan isyarat yang berpindah dari komputerkepada komputer lain tanpa perubahan. Penumpu yang aktif akan membesarkanisyarat apabila melaluinya dari satu peranti kepada peranti lain. Concentrator aktif digunakan sebagai repeater jika hendak menjarakkan rangkaian. Ciri-ciri penumpuialah:

 
tatarajah berasaskan port 8, 12, atau 24 RJ45
digunakan dalam topologi bintang atau gelang bintang berdawai (star-wiredring)
dijual bersama perisian untuk menguruskan port
dipanggil juga sebagai hub
kebiasaannya dimuatkan dalam kotak logam supaya boleh dimasukkan bersama 
modem internet, bridges dan routers

Concentrator
Routers
Router bertugas menterjemahkan maklumat daripada satu rangkaian kepadarangkaian lain. 
Ia merupakan tetimbang cerdas. Router memilih laluan terbaik untukmelalukan pesanan
 berasaskan alamat dan asalan destinasi. Router boleh mengarahkan laluan untuk 
mengelakkan pelanggaran maklumat. Dengan kecekapannya ia cepat memintaskan
 laluan mengikut jalan lain.Jika tetimbang tahu semua alamat  komputer, tetimbang 
dan router lain dalam setiap bahagian rangkaian, Router pula boleh mengesan 
seluruh rangkaian untukmenentukan bahagian manakah yang sibuk untuk mengubah
 laluan data ke bahagian lain sehingga laluan tidak sibuk.Bagi Rangkaian yang mempunyai 
LAN untuk disambung ke Internet, pem sangan router adalah cara yang lebih berkesan. 
Kerana router bertindak sebagai penterjemah antara maklumat LAN dengan Internet. 
Ia juga menentukan laluan terbaik menghantar data ke Internet. 
Antara kebaikan router yang lain ialah:

cekap  mengarahkan  laluan  isyarat
memandu  pesanan  mana-mana dua  protokol
memandu  pesanan  topologi  bas l inear, bintang  dan  gelang  bintang  berdawai
memandu pesanan merentas kabel gentian optik, sepaksi dan pasangan terpiuh.
Router  mengandungi  komponen  hardware dan juga software contohnya bagi  router 
Cisco  software  yang  digunakan  bernama  Cisco IOS  (Internetworking 
OperatingSystem).  Hardware  sebuah  router  terdiri  daripada  CPU contohnya  
Cisco  router 2505  menggunakan  processor  20MHz  Motorola  68EC030.
Selain dari  itu  ia juga mempunyai komponen  memori seperti ,NVRAM,flash 
RAM dan juga RAM. Sambungan  ke peralatan  network  lain  menggunakan  ports


Router
































Connector 
Connector adalah Perangkat keras yang digunakan untuk menghubungkan kabel dengan 
komputer , untuk jaringan komputer dikenali dengan istilah RJ45 yang merupakan
konektor standard untuk kabel internet kategori 5 , serta biasanya digunakan untuk Kabel UTP .






































Connector






























Modem
Modem merupakan peranti komputer yang melaksanakan proses yang menukarkan isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer kepada isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantar menerusi talian telefon dan juga sebaliknya . Ia berkemampuan mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital . Modem ialah perkataan bahasa Inggeris yang merupakan singkatan bagi modulator - demolator , iaiti pemodulat dan penyahmodulat . Isyarat digital ialah isyarat yang mengandungi siri suis elektronik yang diwakili oleh ciri hidup dan mati , ciri hidupnya diwakili oleh angka 1, manakala ciri matinya pula diwakili oleh angka 0 . Dengan penggunaan ciri ini serta kombinasi angkanyalah maka komputer dapat menghasilkan data berbentuk teks , grafik dan sebagainya . Berlainan pula dengan isyarat berbentuk analog , ia adalah isyarat berbentuk gelombang bunyi melalui talian elektrik dan data serta maklumat dihasilkan berasaskan kekuatan gelombang serta frekuensinya . Ringkasnya , modem berfungsi mengubah isyarat berbentuk 1 dan 0 tadi kepada isyarat berbentuk gelombang serta frekuensi begitu jugalah sebaliknya .

Modem